Wednesday, March 2, 2016

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM ISLAM. (KUMP 6)










JABATAN                     :   JABATAN PERDAGANGAN
KOD KURSUS             :  PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA PENYSRAH    :  EN. SUFIAN BIN MOHD FABILLAH


TAJUK                          TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DENGAN PEKERJA


NAMA PELAJAR       :  1) AZMIRA BINTI ZAHARI
                                          2) NURUL SYAFEENA BINTI A. AZIZ
                                          3) NURAZLIN BINTI MOD TALIP
                                          4) NUR HASNIDA BINTI A. HALIM


KELAS                          : DSK2














PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan projek kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tanggungjawab Majikan dengan Pekerja”. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada, Ustaz Suffian Bin Fabillah, pensyarah kursus kami kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk kedua ibubapa kami yang banyak memberi dorongan kepada kami. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek ini. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan.



 PENDAHULUAN 
 
Majikan boleh diertikan sebagai pihak yang memiliki organisasi dan bertanggungjawab kepada moral dan segala pembayaran upah atau ganjaran kepada pekerja. Majikan adalah pemilik syarikat atau organisasi serta merupakan pihak atau pegawai atasan yang bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, majikan adalah orang yang mengambil satu atau lebih pekerja untuk bekerja dengannya. 
Selain itu, pekerja merupakan indiviu atau kumpulan individu yang bekerja untuk mendapatkan upah. Mereka menerima gaji atas dasar perjanjian sebagai pekerja kepada sesebuah organisasi atau syarikat. Sebagai contoh, kakitangan kerajaan merujuk kepada individu yang menerima bayaran gaji dari kerajaan.
Saat seseorang menggunakan tenaga orang lain memperkerjakan untuk sesuatu pekerjaan tertentu, baik kerana ia memerlukan mahupun kerana ia tidak mampu melakukan pekerjaan itu seorang diri. Dengan itu, ia harus mengetahui adab – adab Islami dan bimbingan yang berkaitan adab bagi pekerja yang diperkerjakan tersebut serta tanggunjawab pekerja terhadap majikannya .


TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam hubungan antara majikan dengan pekerja terikat dengan tanggungjawab masing - masing.
1.    Kewajipan menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama atau syariat.

Setiap majikan hendaklah menyedari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya. Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah”

2.    Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.

Majikan mempunyai hak untuk memilih mana – mana pekerja yang akan bekerja dibawahnya. Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukannya.

3.    Pemberian kerja yang berpadanan dengan kelayakan.

Menjadi kewajipan majikan untuk memberitahu pekerjannya tntang bentuk pekerjaan yang akan dilakukan. Setiap pekerjaan mestilah bersesuaian dengan fitrah manusia.

4.    Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Seseorang pekerja berhak mendapat upah yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya. Pembayaran upah perlulah bepandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja dan jaminan masa depan.

5.    Melindungi hak dan kebajikan pekerja.

Majikan mestilah menjaga keperluan dan kepentigan pekerjanya. Tujuan Islam menjaga kebajikan adalah untuk meningkatkan tekana ke atas pekerja dan menjaga hubungan sesama manusia.

6.    Majikan tidak harus membebani pekerja dengan sesuatu kerja yang tidak mampu dilaksanakan .

Seseorang majikan idak harus membebani pekerjanya dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakannya, dengan mengambil kira keuntungan semata mata.

7.    Hendaklah memperkerjakan seseorang yang kuat lagi terpercaya.

Memperkerjakan seseorang yang amanah, bagus agamanya, kuat dan layak. Sebab orang yang memiliki sifat – sifat seperti ini akan mampu melaksanakan tugas dan lebih cemerlang dalam tugasnya. Adapun orang yang hanya memiliki sebahagian sifat tersebut tidak akan sem[urna hasilnya sebagaimana yang diharapkan.

8.    Tidak boleh mempekerjakan seseorang untuk perkara yang haram.

Janganlah ia memperkerjakan seseorang untuk membantunya melakukan pekerjaan yag haram. Hal demikian akan menambah dosa pada dosanya yang melakukan perbuatan haram.

TANGGUNGJAWAB PEKERJA
1.    Mengikut arahan majikan dalam dan bekerja dengan tekun dan cekap.

Rasullah S.A.W, ada bersabda yang bermaksud:

sesungguhnya Allah suka melihat hambanya-Nya yang melakuka pekerjaan dengan tekun (teliti). “(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari A’isyah r.a.)

“Allah sukakan hamba-Nya yang bekerja (secara professional). Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah”.

2.    Menyelesaikan kerja tepat pada waktunya.

Seseorang pekerja mestilah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas yang diberiakn tepat pada masanya.

3.    Berkhidmat kepada majikan dengan amanah.

Seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam pekerjaannya samaada yang melibatkan urusan peribadi ataupun urusan kemasyarakatan. Setiap manusia hendaklah sedar bahawa menurut Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti.

4.    Bersatu padu dan melaksanakan kerja dengan sempurna.
Setiap pekerja memerlukan sikap menyatupadukan usaha mereka supaya matlamat organisasi tercapai. Dalam masa yang sama, melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna.

5.    Kebahagiaan manusia sejagat.

Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum.

6.    Menyerahkan hasil keuntungan kepada majikan.

Seorang pekerja hendaklah menyerahkan keuntungan kepada majikannya kerana hal itu merupakan bentuk penunaian amanah.

KESIMPULAN

Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu diterapkan di setiap organisasi. Ia amat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya melibatkan setiap individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya harus difahami oleh setiap warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tanpa mengenepikan hak – hak manusia yang patut di jaga.

2 comments:

  1. BLOG NI GUNA SUMBER RUJUKAN APE YE ???????????????????????

    ReplyDelete
  2. PERANAN KERAJAAN DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA PEKERJA DAN MAJIKAN

    ReplyDelete