Monday, March 14, 2016

3. PENGORGANISASIAN DALAM PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH

Menurut buku Pengurusan Dalam Islam, peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh penyusunan yang sangat baik. Dalam peristiwa hijrah, baginda melaksanakan konsep di mana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya:
3.1  Sayidina Abu Bakar sebagai teman nabi ketika berhijrah

Menurut muzir wordpress.com dalam kisah hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah. Rasulullah telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah berbondong-bondong meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal, Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar pula menyusul kemudian. Pada malam hari 26 Safar 1 Hijrah bersamaan (9 September 622) Nabi Muhammad dan Sayidina Abu Bakar telah meninggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah. Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan rumah Nabi telah meminta Sayidina Ali Bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan baginda tidur di atas katil baginda.

3.2  Ali bin Abi Talib tidur di tempat baginda di malam penghijrahan

Penjenayah-penjenayah besar Quraisy melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut. Apabila malam menjelma, 11 orang penjenayah telah berkumpul di depan rumah Nabi. Pembunuhan dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur.
Walau bagaimanapun, baginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin. Dengan izin Allah, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat baginda SAW. Mereka terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi telah pun keluar meninggalkan rumahnya.

3.3  Abdullah bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat ke Madinah manakala Asma’ bt Abu Bakar yang masih kanak-kanak membekalkan makanan semasa baginda bersembunyi di Thur

Selepas 3 hari di gua Thur, Abdullah bin Uraiqat seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu. Selain Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar, Amir bin Fuhayrah dan Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu.
Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang. Allah telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNya dan rombongannya itu.

3.4  Amir bin Fuhayrah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda, Abu Bakar dan  Asma’ melalui binatang ternakannya

Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di dalam gua Thur selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada dua insan yang terlibat sama iaitu Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan Amir bin Fuhairah (hamba Abu Bakar). Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur. Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan mengintip-ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi SAW.

Semua berita akan disampaikan kepada baginda pada malamnya apabila Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi. Amir bin Fuhairah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut. Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam. Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu.

No comments:

Post a Comment