Sunday, March 13, 2016

PENDAHULUAN

Kebanyakan sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan melibatkan persoalan, perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan dan pengawalan. Ia merupakan rentetan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang pengurus. Ianya dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau proses kerja pengurusan.  Islam merupakan satu agama yang syumul dan lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan. Pengurusan atau pentadbiran merupakan salah satu daripada aspek yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Ia merupakan sebahagian dalam sistem masyarakat. Ertinya Islam menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan alam, Semuanya termasuk di dalam lingkungan ibadah kepada Allah SWT.

Pengurusan sebenarnya sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia adalah amanah daripada Allah SWT sebagaimana kewajipan lain. Fitrah kehidupan manusia ingin hidup dalam keadaan sempurna dan bersistem sesuai kesempurnaan kejadian. Budaya pengurusan Islam berpaksikan sendi agama. Akal dan kebijaksanaan  serta pengalaman adalah asas kepada pelaksanaan secara sistematik. Pengurusan akan menjadi satu disiplin dan gaya hidup yang holistik dan berpedoman.

‘Islam is a religion that is holistic and complete all aspects of life. Management or Administration is that one of the aspects that is highly emphasized in Islam. It is part of the social system. Islam means to determine the purpose of life and man’s relationship to man, man and God, man and society and man’s relationship with nature. They fall within the ambit of worship to God’







No comments:

Post a Comment