1.1 Definisi
organisasi
Menurut
laman web http://shuhmy.blogspot.my/2007/11/pengurusan.html
organisasi dapat
didefinisikan sebagai satu unit yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama
dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu,
kumpulan, dan organisasi. Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu
ada di dalam sesebuah organisasi. Organisasi sebagai satu unit sosial,
penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.
1.2 Organisasi sebagai Unit Sosial
Apabila
organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa
orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas.
Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain bagi menyiapkan
sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan
perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain sudah tentu tugas yang
dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari
segi masa, kualiti, kuantiti dan penentuan- penentuan lainnya.
No comments:
Post a Comment