JABATAN
JABATAN PERDAGANGAN
NAMA & KOD KURSUS
DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
EN. SUFFIAN BIN FABILAH
TAJUK TUGASAN
DEFINISI DAN PROSES PENGAWASAN DALAM PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM
NO
|
NAMA
|
NO. PENDAFTARAN
|
1
|
MUHAMMAD NASRUL BIN ZAINAL ABIDIN
|
25DSK15F1032
|
2
|
MUHAMAD AIMAN FARIS BIN MOHD FADZIL
|
25DSK15F1009
|
3
|
NURUL NAJIHAH BINTI KAMARUL AZMI
|
25DSK15F1012
|
4
|
NUR SYAHIRAH BINTI RAMLI
|
25DSK15F1042
|
5
|
NURFARINA BT. ABDUL KARIM
|
25DSK15F1040
|
DISEMBER 2015
1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. ISI-ISI PERBINCANGAN 3
3.1 Definisi Pengawasan 3
3.2 Proses Pengawasan
3.2.1 Menetapkan Piawai Prestasi 4
3.2.2 Mengukur Prestasi
3.2.3 Membandingkan Pencapaian Prestasi Dengan Piawai 5
3.2.4 Membuat Tindakan Pembetulan
3.2.5 Menambahbaik Prestasi
` 3.3 Pengawasan Dari Perspektif Islam 6
3.4 Nilai-nilai Islam Dalam Pengawalan 7
3.5 Penilaian 8
4. KESIMPULAN 9
5. RUJUKAN
1. PENGHARGAAN
Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang
sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala
takdir yang dikehendakkan kepada isis alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada
junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.
Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas
nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak
mungkin mampu kami menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun. Penghargaan ini
juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana meraka sentiasa menitipkan
doa-doa untuk keberkatan saya disini. Mereka juga banyak menyokong saya dari
segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah saya En. Suffian Bin Fabilah kerana dengan
izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya waima menggangu masa rehatnya. Beliau
juga sering meingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur dengan amat
berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang
tidak ternilai harganya. Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk
bantuan yang saya dambakan khususnya dalam menghasilkan projek ini. Ketahuilah
segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai
Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih
kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan projek ini secara sulit ataupun
tidak. Kesudian anda amat saya hargai.
1
2. PENDAHULUAN
Menurut Azman Che Omar (2003), pengawasan dalam bahasa Arab ialah
al-riqabah. Al-Riqabah berasal daripada kata dasar raqaba yang bermaksud
memerhati, menjaga, memelihara, mengamati dan berwaspada. Pengawasan
merupakan fungsi terakhir dalam sistem pengurusan Islam, sebagaimana
ia juga merupakan fungsi terakhir dalam sistem
pengurusan konvensional. Fungsi pengawasan telah lama wujud
iaitu sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Pengurusan pada zaman ini
boleh mengambil pengajaran daripada bentuk-bentuk pengawasan yang
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w supaya dapat dipratikkan
sekarang dan sekaligus memartabatkan pengurusan secara Islam
sepertimana yang telah ditunjukkan dandiajarkan oleh Rasulullah
s.a.w. Oleh itu, kami akan membincangkan tentang konsep pengawasan
dalam Islam serta bentuk-bentuk pengawasan di zaman Rasulullah s.a.w dan
aplikasinya pada masa kini.
2
3. ISI-ISI PERBINCANGAN
3.1 Definisi Pengawasan
Menurut Azman Che Omar (2003), pengawasan merupakan fungsi terkahir dalam
proses pengendalian pengurusan Islam. Ia juga merupakan fungsi terakhir sistem
pengurusan konvensional. Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu proses
dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan.
3.2 Proses Pengawasan
Menurut Azman Che Omar (2003), pengawasan berlaku pada tiga tahap, iaitu
pada tahap masukan, atau inputs, pada tahap transformasi dan yang terakhir pada
tahap keluaran, atau outputs. Masukan terdiri daripada sumber sumber dari
manusia seperti tenaga manusia iaitu para pekerja, dan sumber sumber selain
manusia seperti modal, teknologi, bahan mentah, kewangan dan seumpamanya.
Proses transformasi pula melibatkan aktiviti penambahan nilai, operasi,
pengurusan dan sumber manusia. Manakala keluaran pula ialah hasil daripada
aktiviti memproses pasukan contohnya keuntungan produk, perkhidmatan, pekerja
yang mahir maklumat dan sebagainya.
Peringkat Proses Pengawasan terbahagi kepada lima iaitu:
1. Menetapkan piawai prestasi
2. Mengukur prestasi
3. Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawai
4. Membuat tindakan pembetulan
5. Menambahbaik prestasi
3
3.2.1 Menetapkan Piawai Prestasi
Piawai merupakan kayu ukur bagi pengurus menilai melalui prestasi
pekerja. Ia selalu ditetapkan berdasarkan objektif yang telah
dipersetujui semasa perancangan dan meliputi aspek-aspek, kuantiti,
kualiti, masa dan kos. Penetapan piawai haruslah jelas dan boleh
diukur, serta boleh dicapai, releven iaitu selari dengan tujuan
keseluruhan organisasi dan boleh dikawal.
Piawai dari segi kuantiti contohnya ialah jumlah pengeluaran, jumlah
pengeluaran yang ditetapkan bagi setiap hari, seminggu atau sebulan.
Manakala piawai dari sudut kualiti pula ialah contohnya dilihat
daripada bilangan aduan yang diterima daripada pelanggan yang tidak
berpuas hati terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
3.2.2 Mengukur Prestasi
Langkah kedua ialah, mengukur prestasi pekerja. Pelbagai kaedah
boleh digunakan dalam mengukur prestasi dan ia berbeza-beza
mengikut fungsi masing-masing dalam organisasi. Contohnya,
jabatan pengeluaran mengukur prestasi dengan mengasingkan
barang-barang yang rosak dengan barang-barang yang sempurna.
Jabatan sumber manusia pula, menilai para pekerja dengan kadar
pekerja yang berhenti bekerja pada satu-satu tempoh tertentu.
4
3.2.3 Membandingkan Pencapaian Prestasi Dengan Piawai
Langkah seterusnya ialah, membandingkan antara piawai dan
prestasi. Sekiranya pencapaian prestasi lebih baik daripada piawai,
maka boleh dikatakan bahawa pekerja itu Berjaya melepasi sasaran
yang ditetapkan dan aktiviti pekerja itu terkawal. Jika prestasi tidak
sepadan dengan piawai, tindakan seterusnya perlu diambil.
3.2.4 Membuat Tindakan Pembetulan
Langkah ini akan dilakukan apabila terdapat penyimpangan diantara
prestasi dan piawai yang telah ditetapkan. Tindakan pemulihan dan
pembetulan ini sangatlah diperlukan dalam mengawal aktiviti yang
dilakukan oleh ahli organisasi. Sebagai pengurus, seseorang itu
bukanlah hanya memberi arahan kepada para pekerjanya untuk
membuat pembetulan, namun beliau juga harus memeriksa sendiri
sama ada arahan yang diberikan itu dilaksanakan ataupun tidak.
3.2.5 Menambahbaik Prestasi
Walaupun sekiranya prestasi yang ditunjukkan oleh para pekerja itu
berjaya melepasi piawai atau sasaran yang telah ditetapkan, para
pekerja dan pengurus boleh berpuas hati dengan pencapaian itu
selama-lamanya. Sebaliknya para pekerja harus memberi komitmen
yang lebih dan melakukan yang terbaik setiap hari sebagaimana yang
dianjurkan dalam Islam bahawa seorang muslim, hari ini haruslah
lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.
5
` 3.3 Pengawasan Dari Perspektif Islam
Menurut Khaliq Ahmad (2006), dasar pengawasan dalam Islam tidak
seharusnya sama dengan pendekatan yang diambil dalam pengurusan
konvensional. Mekanisme pengawasan dalaman dan luaran, kawalan dan
perniagaan atau peribadi dan sosial atau undang-undang tidaklah boleh
melanggar apa yang telah digariskan dalam prinsip syariah.
Pemikiran sekular memberi penerangan terhadap kepentingan individu daripada
kepentingan umum. Oleh itu, sebagai pengurus muslim, beliau harus
mewujudkan suatu inisiatif untuk membangun suasana kerja yang baik yang
mana bukan sahaja menerapkan semangat persaingan tetapi juga hubungan
antara ahli organisasi yang baik.
Begitu juga di dalam pengurusan. Pengawasan ke atas prestasi pekerja dan
arahan pengurus supaya tindakan pembetulan dilakukan sekiranya pekerja
membuat kesilapan bukanlah untuk menyusahkan mereka tapi bagi memastikan
segala operasi dan aktiviti organisasi berjalan dengan lancar.
3.4 Nilai-nilai Islam Dalam Pengawalan
Menurut Husain Ratib Yusuf Rayyan (2005), sebagai seorang muslim, haruslah
kita merasakan bahawa segala tindak tanduk kita diawasi oleh Allah S.W.T.
Perasaan ini akan timbul apabila kita sedar bahawa Allah S.W.T itu wujud.
Inilah yang dimaksudkan dengan falsafah tauhid, yang mana kita mengakui
keesaan Allah S.W.T.
6
Terdapat beberapa nilai yang meliputi fungsi pengawalan dalam islam iaitu:
1. Al-ihsan- iaitu kesedaran tentang pemerhatian Tuhan terhadap segala gerak
laku manusia termasuk suara hati dan lintasan fikirannya sehingga tiada ada
sesuatu lintasan pun yang terselindung.
2. Memperbanyakkan doa memohon kurnia, petunjuk, restu dan keredhaan
Allah S.W.T. Umat islam digalakkan berdoa pada setiap masa, kerana
kita tidak tahu pada saat bila doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.
Oleh itu, janganlah seorang muslim itu berputus asa dalam berdoa.
3.5 Penilaian
Menurut Pengurusan YPEIM (2005), pengawalan dan penilaian merupakan
fungsi yang saling berkait-rapat antara satu sama lain. Peniaian atau
muhasabah sangat dianjurkan dalam islam, iaitu sebagai seorang muslim, kita
harus menilai diri kita dari aspek amalan, prestasi, baik dan buruk dalam
tingkah-laku kita sebelum kita dinilai dihari akhirat kelat.
Penilaian bukan sahaja relevan pada tahap individu tetapi ia juga relevan pada
tahap organisasi. Pada akhir setiap aktiviti yang dijalankan, harus diadakan
post mortem atau bedah siasat bagi mengetahui kelemahan dan kesilpan dalam
aktiviti tersebut supaya kita dapat mencegahnya daripada berulang. Ini juga
merupakan satu bentuk supaya kesilapan dapat dielakkan daripada berulang
pada masa akan datang.
7
4. KESIMPULAN
Pengawalan adalah bagi memastikan segala tindakan
yangdilakukan oleh ahli organisasi itu selaras dan selari dengan
perancangan yang telahditetapkan. Selain itu, ia juga sebagai suatu
proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dengan matlamat
dan membetulkan sebarang penyimpangan yang berlaku. Seterusnya,
ia merupakan tindakan lanjut pemeriksaan dan analisis ke atas kegiatan
serta perilakuseseorang dan memelihara sesuatu perkara, yakni berhati-hati,
melakukan pencegahandan ketaatan.
Dapatlah disimpulkan bahawa pengawalan sebagai
fungsi terakhir untuk menentukan prestasi organisasi telah
dicapai mengikut perancangan. Segala masalah dalam penyusunan
dikenalpasti dan langkah tertentu diambil. Faktor-faktor di dalam
organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada
hubungan dengan prestasi dantingkah laku perlu diberi perhatian dan
diawasi.
8
BIBLIOGRAFI
Azman Che Omar (2003), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka
Khaliq Ahmad (2006), Management from Islamic Perspective, Selangor: Islamic International University Malaysia
Husain Ratib Yusuf Rayyan (2005), Al-Riqabah al-Maliah fi al-Fiqh al-Islamiy,
Darul al-Nafais
Pengurusan YPEIM (2005), Pengurusan dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001), Pengurusan dari Perspektif Islam, Jurnal Syariah (Jilid 9, Bil. 2)
No comments:
Post a Comment