Wednesday, March 2, 2016

DEFINISI DAN ETIKA KERJA DALAM ISLAM. (KUMP 5)





          



PENGURUSAN ISLAM SEMESTER DUA


DUA 2012


DIPLOMA SAINS KESETIUSAHAAN.



TAJUK :


DEFINISI DAN ETIKA KERJA DALAM ISLAM


NAMA PENSYARAH : ENCIK SUFFIAN BIN MOHD FABILAH
NAMA
NO.PENDAFTARAN
NUR EZZATY HANANI BT SABEDE
25DSK15F1038
NURUL HAFIZZAH BT MOHAMMED RAPI
25DSK15F1016
NAJWA BINTI MAT NAJIB
25DSK15F1022
NUR FATIN SYAHIRAH BT AWANG
25DSK15F1036



JABATAN :                PERDAGANGAN
PROGRAM :              DIPLOMA SAINS KESETIUSAHAAN
SESI :                          DISEMBER 20

PENGHARGAAN                                                                                                      1
PENDAHULUAN                                                                                                       2
1.    DEFINISI DAN ETIKA KERJA DALAM ISLAM                                         3
1.1  Etika kerja islam

2.    TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA                                      4
2.1  Definisi majikan dan pekerja
2.2  Tanggungjawab majikan
2.3  Tanggungjawab pekerja

3.    ELEMEN                                                                                                        6
3.1  Aspek kesetiaan
3.2  Aspek penglibatan

4.    SIKAP DAN TINGKAHLAKU DI TEMPAT KERJA                                               7
4.1  Kepuasan kerja
4.2  Komitmen organisasi
4.3  Kontrak psikologi
4.4  Keadilan di tempat kerja
5.    KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN






PENGHARGAAN
Bismilahirahmanirahim.
            Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurniaan rahmat , pengetahuan ilmu , masa dan tenaga kerana telah dianugerahkan kepada kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan projek Pengurusan Dalam Islam yang bertajuk Definisi dan Etika Kerja Dalam Islam.
            Pertama sekali kumpulan kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada pensyarah kami , Encik Suffian B. Mohd Fabilah kerana dengan hasil tunjuk ajar serta bimbingan beliau telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk melaksanakan tugasan projek ini .
            Selain itu , kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana sentiasa menyumbangkan sokongan moral dan memberi semangat kepada kami untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna .
            Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan rakan kami yang turut memberi bantuan dengan memberi tunjuk ajar kepada kami sedikit sebanyak telah meringankan beban kami .








1
PENDAHULUAN
Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Di samping itu, Islam juga menyatakan bahawa sesuatu “pekerjaan” yang baik ialah tugas yang diamanahkan kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilalkukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat.
Etika boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya. Secara mudahnya, etika bolehlah dianggap sebagai akhlak dalam Islam. Akhlaq ialah budipekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat seseorang. Oleh itu etika bolehlah diertikan  sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia kearah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan.
Dengan itu, etika menurut Islam adalah berbeza dengan etika yang difahami oleh pihak Barat. Islam menganggap kerja itu sebagai ibadah, oleh tindakan yang akan dilakukan oleh para pekerja itu sentiasa selari dengan peraturan ibadah. Ini bermakna agama dan kehidupan tidak terpisah. Manakala etika Barat terhasil dari kajian dan pemerhatian aqal mereka semata-mata tanpa panduan agama. Agama dan kehidupan pada mereka adalah dua dunia yang berbeza.










2

1. DEFINISI DAN ETIKA BEKERJA DALAM ISLAM
1.1 Etika Kerja Dalam Islam
Definisi Etika
·         Berasal daripada perkataan “ethos” dalam bahasa Greek. Dalam perkataan yang paling ringkas, sarjana pengurusan mendefinisikan etika atau ethic sebagai sains moral (science of morals) dan prinsip-prinsip moral (moral principle) . Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi nilai moral. Ringkasnya etika ialah disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atua jahat ataupun tingkahlaku atau perlakuan manusia kea rah kebaikan dan kemaafan kehidupan.
·         Etika juga boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya.


Kepentingan Etika

Etika meliputi etika kelakuan dan sikap, etika berpakaian, etika pengurusan masa dan harta dan lain-lain.

Di antara kepentingan etika ialah :

1.    Etika dapat membentuk motivasi yang unggul.
2.    Etika akan menggalakkan persaingan yang sihat.
3.    Etika dapat mengurangkan pelbagai bentuk penyelewengan dalam sesebuah organisasi.
4.    Etika mempu membentuk sikap dan nilai yang positif dalam organisasi.
5.    Etika mampu menyumbangkan kepada pembentukkan organisasi yang berintegriti.

Contoh etika kerja di Malaysia antaranya ialah :
1.    Etika Perkhidmatan Awam
a.    Berazam meningkatkan mutu perhidmatan.
b.    Bekerja dengan penuh tanggungjawab.


3

c.    Berusaha megikis sikap mementingkan diri.
d.    Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan mesra.
e.    Berkerja kearah memajukan pemikiran rakyat.
f.     Bekerja dalam membebaskan kelemahan dan musuh negara.

2.    TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA
2.1 Definisi Majikan dan Pekerja
·         Majikan boleh diertikan sebagai pihak yang memiliki organisasi dan bertanggungjawab kepada modal dna segala pembayaran upah atau ganjaran kepada pekerja.
·         Pekerja ialah sebagai individu atau kumpulan yang bekerja untuk mendapatkan upah.
2.2 Tanggungjawab Majikan
·         Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar.
·         Antara tanggungjawab majikan ialah :
1)    Kewajipan menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama atau syariat.
-       Setiap majikan hendaklah menyedari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya.
“ Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al-Bukhari)
2)    Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.
-       Majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana pekerja yang akan bekerja dibawahnya.
3)    Pemberian kerja yang berpadanan dengan kelayakan.
-       Menjadi kewajipan majikan untuk memberitahu pekerjanya tentang bentuk pekerjaan yang akan dilakukan.
4)    Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
-       Kesesuaian upah yang berpatutan biasanya berdasarkan pekerjaan yang dilakukannya.
4
-       Pembayaran upah oerlulah berpandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja, peraturan dan undang-undang, keselamatan kerja dalam jaminan masa depan.
-       “Kamu hendaklah membayar upah (gaji) pekerja sebelum keringatnya kering.”
5)    Melindungi hak dan kebajikan pekerja/sentiasa mengutamakan kebajikan pekerja.
-       Dalam Islam, majikan mestilah menjaga keperluan dna kepentingan pekerjaanya.
-       “Orang yang bekerja untukmu adalah saudaramu. Allah telah mentakdirkan mereka bekerja di bawahmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Tirmizi)
-       Tujuan Islam menjaga kebajikan adalah untuk meringankan tekanan keatas pekerja dan menjaga hubungan manuia sesame manusia (Habluminannas).
6)    Majikan tidak harus membebani pekerja dengan sesuatu kerja yang memang tidak mampu dilaksanakan oleh pekerja tersebut..
-       Seseorang majikan tidak harus membebani pekerjanya dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakannya.
-       Dalam Islam, pekerja hendaklah bekerja tanpa memberatkan dirinya seperti hadis nabi S.A.W “Janganlah kau membebankan pekerja di luar kemampuannya “
7)    Menetapkan tempoh kerja yang maksimum bagi pekerja (cuti).
8)    Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas.
9)    Pengawasan dan kawalan pekerja.
2.3 Tanggungjawab Pekerja
Antara tanggungjawab pekerja ialah:
1.    Mengikut arahan majikan dan bekerja dengan tekun dan cekap.
-       Bekerja dengan tekun dan melakukan tugas dengan baik.
2.    Menyelesaikan kerja tepat pada waktunya.
-       Seorang pekerja mestilah sedaya upaya menyelesaikan kerja tepat pada masanya
3.    Berkhidmat kepada majikan dengan amanah
-       Seorang pekrja perlu mempunyai sikap amanah dalam pekerjaan dalam apa jua urusan.
5

4.    Bersatu padu dan melaksanakan kerja dengan sempurna
-       Setiap pekerja perlu menyatupadukan usaha mereka supaya matlamat organisasi tercapai.
5.    Kebahagiaan manusia sejagat
-       Setiap pekerja mestilah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang.
6.    Jujur dan ikhlas kepada majikan.
-       Pekerja mestilah jujur dan menghormati majikan sebagai tanda menghargai mereka.
7.    Menjaga kepentingan organisasi.
-       Menjaga kepentingan sebuah organisasi sendiri dan menjaga kepentingan majikan sehingga ke saat akhir perkhidmatan.
3.    ELEMEN
Memahami beberapa elemen berkenaan gelagat manusia penting dan perlu difahami bagi mewujudkan organisasi yang tidak efektif dan efisien dan seterusnya bagi membentuk warga organisasi yang berkualiti.
Apabila seeorang pekerja telah menyertai sesebuah organisasi secara automatiknya individu tersebut telah bersetuju untuk menyumbang daya usahanya demi ke arah mencapai matlamat organisasi yang disertainya. Oleh yang demikian, individu tersebut perlulah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap organisasi yang disertainya. Seterusnya, dapat meningkatkan produktiviti organisasi menerusi tanggungjawab yang dipikulnya. Oleh itu, terdapat dua aspek yang disimpulkan daripada tafsiran komitmen terhadap organisasi iaitu aspek - aspek kesetiaan dan aspek penglibatan.

3.1  Aspek kesetiaan
-       Aspek kesetiaan ialah perasaan sayang dan rasa bangga dengan organisasi dan ingin kekal menjadi sebahagian daripada organisasi. (Daud, 2010)
6

3.2  Aspek penglibatan
-       Aspek penglibatan adalah berusaha dengan bersungguh tanpa paksaan demi kepentingan organisasi. (Daud, 2010)

4.    SIKAP DAN TINGKAH LAKU DI TEMPAT KERJA
4.1  Kepuasan kerja.
4.2  Komitmen organisasi.
4.3  Kontrak psikologi.
4.4  Keadilan di tempat kerja.

4.1  Kepuasan kerja

-          Setiap orang yang bekerja mengharapkan memperoleh kepuasan dari tempatnya bekerja. Pada dasarnya kepuasan kerja merupakan hal yang bersifat individual kerana setiap individu akan memilik tingkat kepuasan yang berlainan sesuai dengan nilai-nilai yang berlaku dalam diri setiap individu. Semakin banyak aspek dalam pekerjaan yang sesuai dalam pekerjaan sesuai dengan keinginan individu, maka semakin tinggi tingkat kepuasan yang dirasakan.

-          Adalah sikap umum terhadap pekerjaan seseorang yang menunjukkan perbezaan antara jumlah  penghargaan yang diterima pekerja dan jumlah yang mereka yakini seharusnya mereka terima.


-          Merupakan sikap terhadap pekerjaan yang didasarkan pada evaluasi terhadap aspek-aspek yang berlainan bagi pekerja. Sikap seseorang terhadap pekerjaannya menggambarkan pengalaman-pengalaman menyeronokkan atau tidak menyeronokkan dalam pekerjaan dan harapan-harapan mengenai pengalaman yang akan datang.

-          Perasaan-perasaan yang berhubungan dengan kepuasan dan ketidakpuasan kerja cenderung mencerminkan penaksiran dari tenaga kerja tentang pengalaman-pengalaman kerja pada waktu sekarang dan lampau daripada harapan-harapan untuk masa depan. Sehingga dapat disimpulkan bahawa terdapat dua unsur penting dalam kepuasan kerja dan iaitu nilai-nilai pekerjaan.
7
-          Seseorang individu akan merasa puas atau tidak puas terhadap pekerjaannya merupakan sesuatu yang bersifat peribadi, iaitu bergantung bagaimana ia mempersepsikan adanya kesesuaian atau pertentangan antara keinginan dengan hasil keluarannya.


4.2  Komitmen organisasi

-          Perilaku yang ditunjukkan oleh anggota organisasi merupakan perilaku yang produktif dan dapat menunjang pencapaian tujuan organisasi.

-          Sikap yang merefleksikan pada organisasi dan proses berlanjutan di mana anggota organisasi mengekspresikan perhatiannya terhadap organisasi dan keberhasilan serta kemajuan yang berlanjutan.

-          Sikap pekerja yang tertarik dengan tujuan, nilai dan sasaran organisasi yang ditunjukkan dengan adanya penerimaan individu atas nilai dan tujuan organisasi, serta memiliki keinginan untuk bergabung dengan organisasi dan kesediaan bekerja keras untuk organisasi sehingga membuat individu tetap ingin bertahan di organisasi tersebut demi tercapainya tujuan.

-          Komitmen organisasi meliputi 3 hal iaitu:
                              I.        Penerimaan terhadap tujuan organisasi.
                            II.        Kemahuan untuk bekerja keras demi organisasi.
                           III.        Kemahuan untuk tetap berada dalam organisasi.

-          Dua komponen tentang komitmen organisasi ialah:

                              I.        Affective Commitment
·         Terjadi apabila pekerja ingin menjadi sebahagian dari organisasi kerana adanya ikatan emotional  (emotional attachment) atau berasa mempunyai nilai sama dengan organisasi.

                            II.        Continuance Commitment
·         Menunjukkan adanya pertimbangan untung atau rugi dalam diri pekerja berkaitan dengan keinginannya untuk tetap bekerja ataupun meninggalkan organisasi tersebut.
8

4.3  Kontrak psikologi

-          Merujuk kepada bentuk hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja (Rousseau, 1995). Ia kontrak tidak tertulis antara kedua pihak. Walau bagaimanapun ia berlandaskan sumbangan kedua-dua pihak.

-          Ia merupakan persepsi pekerja tentang kewajipan timbal balik antara majikan dan pekerja. Ia juga adalah perjanjian dan keoercayaan tidak berdokumen namun dipersetujui secara halus oleh kedua-dua pihak.

-          Pekerja yang percaya bahawa organisasi atau majikannya menjanjikan jaminan pekerjaan akan bekerja keras dengan lebih tekun tanpa gusar. Oleh itu, prestasi kerja yang tinggi selalunya adalah kerana kewujudan kontrak psikologi yang positif antara majikan dan pekerja.

-          Kontrak psikologi berubah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, pekerja baru merasakan dirinya terhutang budi kepada organisasi kerana mengambilnya bekerja. Lama-kelamaan mereka mungkin berasa organisasi pula lebih terhutang budi kepada mereka lantaran sumbangan dan prestasi kerja mereka yang tinggI
Kontinum kontrak psikologi adalah seperti di bawah:

Transaksional                                                                                                             Hubungan
Tingkah Laku Anti Sosial
Keganasan
Ugutan
Pengabaian
  Tingkah Laku Acuh Tak Acuh
Kepatuhan


Tingkah Laku Prososial
‘Consciosness’         Kesedaran sivik
‘Sportmanship’       Alturisme
Kesopanan
 












            Pengasingan diri                                                                                                    Komitmen
9

4.4  Keadilan di tempat kerja

-          Keadilan di tempat kerja adalah keadaan di mana pekerja mendapat kesempatan dan perlakuan yang sama dalam membuat kerjanya.

-          Secara umumnya, pekerja dapat menilai sesuatu sistem pembahagian gaji itu secara adil apabila mereka menerima gaji yang lebih besar atas pekerjaan yang telah mereka lakukan, Equal Work = Equal Pay.

-          Pemampatan gaji merupakan suatu situasi yang wujud apabila pekerja memberi tanggapan bahawa perbezaan gaji antara mereka (sama ada pekerja gred lebih tinggi atau lebih rendah daripada mereka) terlalu kecil (Zafir dan Fazilah, 2003).

-          Tanggapan ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh pihak majikan kerana ia selalunya dibangkitkan oleh pekerja yang sudah lama berkhidmat atau mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi tetapi menerima imbuhan yang lebih rendah. Isu ini telah dilaporkan secara meluas dalam media massa. Formula pelarasan gaji yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pelarasan gaji telah dianggap menimbulkan diskriminasi terhadap guru yang mula berkhidmat sebagai guru bukan siswazah tetapi kemudiannya melanjutkan pelajaran dan dilantik sebagai guru siswazah

KEBAIKAN ETIKA KERJA DALAM ISLAM
Komitmen
Komitmen boleh didefinisikan sebagai keinginan seseorang untuk kekal bersama organisasi iaitu suatu psikologi antara perkerja dan organisasi. Merujuk kepada tafsiran oleh Agarwal & Ramaswami (1993) mendefinasikan komitmen sebagai keinginan individu yang kuat untuk kekal menjadi ahli sesebuah organisasi walaupun wujud peluang untuk bertukar pekerjaan.
Oleh itu, terdapat dua aspek yang dapat disimpulkan daripada tafsiran komitmen yang menunjukkan komitmen terhadap organisasi iaitu aspek kesetiaan dan aspek
10
penglibatan (Daud, 2010). Apepk kesetiaan ialah perasaan saying dengan organisasi dan ingin kekal menjadi sebahagian daripada organisasi manakala aspek penglibatan pula adalah berusaha dengan bersungguh tanpa paksaan demi kepentingan organisasi.
Merujuk kepada Porter et. Al (1974) menyatakan bahawa komitmen merupakan sifat yang berkembang secara pertahanan tetapi kosisten serta lebih stabil. Makanya, komitmen adalah sifat yang boleh dipupuk yang terlepas pandang oleh pihak pengurusan dalam aspek pentadbiran sumber manusia. Pihak pengurusan kadang-kala kurang memberi perhatian terhadap aspek pembangunn insan yang seterusnya akan membawa kepada tahap komitmen yang rendah dalam kalangan pekerja. Hal ini kerana didapati komitmen pekerja dipengaruhi oleh sokongan dari pihak pengurusan.
Kajian yang dijalankan oleh Yahya et. Al. (2008) menjadi bahawa terdapat hubungan yang positif antara sokongan pengurusan, pembangunan kerjaya, jaminan pekerjaan, latihan dan pembangunan serta ganjaran dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Menurutnya lag, pihak majikan perlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek tersebut untuk meningkatkan komitmen pekerjs terhadap organisasi.
Komitmen individu terhadap organisasi juga dipengaruhi secara tidak lansung oleh keselesaan bekerja. Hal ini kerana pekerja memerlukan sokongan dari segi fizikal dan emosi. Oleh itu, peranan seorang ketua itu sangat penting dalam organisasi untuk memperkukuhkan dan mengekalkan pekerja kepada organisasi dengan membina kesetiaan kesetiaan antara pekerja dan organisasi.
            Komunikasi juga mempunyai hubungan dengan komitmen. Terhadap kajian yang membuat kajian terhadap hubungan komunikasi dengan komitmen.
Kepuasan kerja
Kepuasan kerja merupakan elemen yang penting kepada sesebuah organisasi untuk membuatkanm pekerja itu sendiri setia dan berminat untuk terus bersama dengan
11

organisasi berkenaan terutama pekerja yang berkualiti. Kepuasan kerja boleh
dimaksudkan sebagai suatu aspek yang berkenaan dengan sikap terhadap kerja dan pekerjaan keseluruhnya disamping wujud suatu perasaan gembira terhadap pekerjaan yang dilakukannya dan suasana persekitaran pekerjaan yang seronok untuk bekerja. Kepuasan kerja merupakan bersifat sementara kerana tidak bersifat tetap, sering berlaku perubahan mengikut keadaan serta sering memberi tindakbalas dengan segera.
Kehidupan bekerja yang berkualiti mampu meningkatkan tahap kepuasan bekerja seseorang dalam masa yang sama dapat memberikan komitmen tidak berbelah bagi kepada organisasi seterusnya membuatkan pekerja tersebut terus kekal dalam pasukan kerja. Disamping itu, produktiviti juga turut dapat ditingkatkan. Sebuah organisasi yang berkesan adalah hasil gabungan daripada peningkatan kepuasan kerja dan produktiviti dengan tercapainya matlamat organisasi. Inilah faedah-faedah yang akan diperoleh dengan program kualiti kehidupan bekerja dipratikkan. Ia membuatkan seseorang pekerja itu hidup dengan gembira dan bahagia dengan kerja yang dilakukannya. Pekerja juga tidak akan terasa terbeban dengan tugas yang dipukulnya. Namun begitu, kehidupan bekerja yang berkualiti tidak akan diperolehi tanpa kerjasama daripada pihak pengurusan dan pekerja.
Pekerja memerlukan sokongan moral daripada pihak pengurusan dalam membuat perubahan dan penambahbaikkan dalam tingkahlaku mereka untuk dalam memenuhi keperluan organisasi. Menurut Yusoff (2012), sokongan daripada pihak pengurusan terhadap pengubahsuaian sikap sangat diperlukan untuk mengawal dan membentuk sikap pekerja. Menurutnya lagi, pihak pengurusan yang bersikap berorientasikan kemanusiaan dan membuat pembaikan dalam kepuasan kerja dapat meningkatkan produktiviti organisasi, kos pengeluaran yang rendah dan juga dapat mengurangkan kadar ponteng kerja dalam kalangan pekerja.
Apabila pekerja tidak berpuashati dengan kerja dan iklim di tempat kerja,maka mereka akan kurang komited dan akan cuba meninjau-ninjau peluang kerja di tempat
12
 lain dan jika didapati peluang kerja di tempat lain lebih baik, mereka akan mencari peluang pula untuk berhenti kerja. Situasi ini dengan jelas menunjukkan ketidakpuasan kerja pekerja sudah kurang komited. Terhadap organisasi dan kepuasan kerja adalah sikap yang paling penting dalam menilai keinginan pekerja untuk berhenti dan juga sumbangan keseluruhan pekerja di tempat kerja. Pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi akan meningkatkna komitmenya terhadap organisasi.
Hasil daripada kajian lepas didapati bahawa faktor yang mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja sesorang individu tersebut juga turut mendorong kepada tahap produktiviti pekerja tersebut. Semakin tinggi komitmen organisasi dan kepuasan kerja pekerja maka semakin produktiflah pekerja tersebut. Faktor-faktor penentu kepada tahap produktiviti pekerja juga didapati saling berkait antara satu sama lain kerana berlaku timbal-balik diantara komitmen dan kepuasan kerja dengan tahap produktiviti pekerja.
Aspek komitmen dan kepuasan kerja adalah sebahagian daripada aspek psikologi dalam peningkatkan produktiviti  yang penting untuk dikaji. Malahan aspek-aspek tersebut juga berhubung rapat dengan perlakuan individu dalam organisasi. Pihak pengurusan organisasi perlulah memberi perhatian bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan kerja dan komitmen pekerja terhadap kepada organisasi. Di samping itu, penambahbaikan hubungan yang lebih positif antara organisasi dengan para pekerja juga dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
Secara keseluruhannya, kajian mendapati produktiviti pekerja boleh dipengaruhi oleh komitmen dan kepuasan kerja. Oleh itu, penting bagi pihak majikan meninjau tahap komitmen dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja sebagai langkah bagi memastikan produktiviti berada tahap yang tinggi.



13

5.    KESIMPULAN
Kesimpulannya, Etika Kerja dalam Islam adalah demi kepentingan organisasi sehingga terbentuk sebuah kesetiaan sehingga membuat seseorang dapat bertahan untuk memelihara keanggotaannya dalam sesuatu organisasi.
Berdasarkan penemuan dan perbincangan kajian ini, maka jelas bahawa program latihan dan pembangunan untuk pekerja bukan pengurusan penting dan mampu meningkatkan perasaan kesetiaan mereka kepada organisasi, dan dengan itu patut diteruskan. Sistem ganjaran yang adil dan berdaya saing juga penting kepada pekerja dalam kumpulan bukan pengurusan. Faktor integrasi sosial dan persekitaran tempat kerja walaupun mempunyai hubungan tidak signifikan dengan kesetiaan, namun faktor ini boleh dikekalkan untuk menambahkan suasana persekitaran organisasi yang harmoni.
Kajian ini memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu dalam konteks ilmu sama ada dari konteks teori mahupun praktikal. Secara praktiknya, kajian ini dapat memberi faedah kepada pihak pengurusan, pihak menggubal dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam memahami isu komitmen pekerja secara lebih mendalam sekaligus menyusun strategi pengurusan yang sesuai bagi organisasi masing-masing. Kesempurnaan dalam strategi juga dapat dihasilkan untuk mewujudkan atau langkah yang mendorong pihak pentadbiran supaya cenderung dalam mengubahsuai kelemahan yang dilakukan selama ini sehingga menjejaskan keupayaan organisasi dan sekaligus mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan. Selain itu juga, kajian ini diharapkan dapat menyumbang ke arah perkembangan ilmu khususnya dalam bidang pengurusan sumber manusia iaitu dalam usaha mempertingkatikan komitmen pekerja di sektor awam sekaligus dimanfaatkan untuk kepentingan semua.



15

RUJUKAN
Ahmad Hassan( 20 Jan. 2006), Meningkatkan Motivasi Pekerja.http://bicaramentari.blogspot.my
i.              Lunjew, M.D. (1994), Participation in Decision-Making among Trainers and Relationships with Job Satisfaction and Performance. Projek Doktor Falsasah, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
ii.             Jailani Kasim(15 Mei. 2010), Langkah Untuk Tingkat Motivasi Dalam Organisasi.http://uniprof.wordpress.com
iii.            Ab. Aziz Yusof (2009) Pembangunan Modal Insan : Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok
iv.           Mohd. Fadzillah Kamsah, Dato’, Dr (2012) 55 Petua Orang Berjaya : Penerbit PTS Millenia Sdn. Bhd.
v.            Mohd. Fadzillah KAmsah, Dato’, Dr (2012) 55 Petua Kerja Berpasukan : Penerbit PTS Millenia Sdn. Bhd.
vi.           Achyar Zein (2010) Kepimpinan Para Nabi : Penerbit Synergi Media












LAMPIRAN






















No comments:

Post a Comment