1. MATLAMAT ORGANISASI
Organisasi
memang harus ada di dalam kehidupan manusia sebagai instrumen yang dapat
mempersatukan manusia dapat dalam proses pengaturan hidup. Organisasi-organisasi
tanpa pengurusan akan menjadi kacau-bilau dan mungkin akan gulung tikar. Matlamat
kaedah pemakaian pengurusan bukan sahaja untuk membawa kejayaan yang nampak
nyata di dunia tetapi juga untuk mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan di dunia
dan akhirat. Wahyu tidak memperincikan persoalan dan struktur kerana ia
diletakkan kepada kebijaksanaan manusia mengurus alam berasaskan realiti masa.
Matlamat pengurusan Islam ialah
menjalan tugas yang telah diamanahkan
oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
Selain itu, , memakmurkan dunia ini dengan mencari keredaan Allah. Seterusnya,
melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat, dan hukum hakam Islam yang
lain. Di samping itu, melahirkan
masyarakat yang berwibawa dan adil dalam sesebuah kerajaan Islam dan menjadikan
matlamat terakhir di mana setiap individu mempunyai keupayaan maksimum yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani, meneruskan ibadah menurut ketetapan
ummah.
Dalam
pengurusan Islam juga, tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi mestilah
dilaksanakan ini termasuklah menegakkan undang-undang, melaksanakan pengurusan
pentadbiran yang adil serta menyusun perhubungan baik antara manusia. Pengurusan
Islam menekankan nilai kemanusiaan dan kerohanian. Sebarang kezaliman
sama sekali tidak diterapkan dalam pengurusan Islam. Sebagai contoh,
dalam sebuah syarikat, ibadah wajib dalam Islam amat ditekankan dan diberi
kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan dan tuntutan agama dalam kehidupan
seharian seperti menunaikan solat walaupun dalam waktu bekerja.
No comments:
Post a Comment