Monday, March 14, 2016

4.2 KESAN LAIN PRINSIP DAN STRUKTUR PENGORGANISASIAN

Antara kesan lain prinsip dan struktur pengorganisasian dalam pengendalian pengurusan islam menurut buku pengurusan Islam ialah:

  a.    Agama Islam merupakan satu agama yang amat menekankan konsep hidup secara bersatu dan bekerjasama dalam hal-hal kebajikan dan takwa. Dengan itu, manusia akan beramal dan berusaha sebagai tanda bertakwa dan menghayati semangat kebajikan yang tinggi.
  b.    Bekerja secara berorganisasi merupakan sifat umat Islam. Dengan berorganisasi, umat Islam dapat mengukuhkan perpaduan dan kesatuan ummah.
  c.    Keperluan bekerja secara berorganisasi antara lain adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa usaha dan tanggungjawab di dalam masyarakat terlalu banyak dan berat dan ia tidak dapat disempurnakan kecuali dilaksanakan secara berorganisasi.
  d.    Adalah menjadi hakikat bahawa seseorang itu akan menjadi kuat sekiranya ia bergabung dengan orang lain. Oleh itu, melalui organisasi, kekuatan dapat digembleng, bakat yang pelbagai dapat dimanfaatkan dan usaha yang besar dapa direalisasikan.
  e.    Cabaran dan persaingan begitu sengit dan sentiasa meningkat dari hari ke hari. Dengan adanya organisasi ia menjadikan lebih bersedia untuk menghadapi perubahan dan cabaran yang semakin hebat.


Kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). Jelaslah, terdapat banyak kesan positif apabila kita mengamalkan prinsip berorganisasi.

No comments:

Post a Comment