JABATAN : JABATAN PERDAGANGAN
KOD KURSUS : PENGURUSAN
DALAM ISLAM
NAMA PENYSRAH : EN.
SUFIAN BIN MOHD FABILLAH
TAJUK : TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DENGAN PEKERJA
NAMA PELAJAR : 1) AZMIRA BINTI ZAHARI
2) NURUL SYAFEENA BINTI A. AZIZ
3) NURAZLIN BINTI MOD TALIP
4) NUR HASNIDA BINTI A. HALIM
KELAS : DSK2
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kehadrat Illahi
kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan projek kami yang
telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tanggungjawab Majikan dengan Pekerja”.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kepada individu penting yang banyak
membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali
kepada, Ustaz Suffian Bin Fabillah, pensyarah kursus kami kerana beliau telah
banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung
penghargaan untuk kedua ibubapa kami yang banyak memberi dorongan kepada kami. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan
projek ini. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu
kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan.
PENDAHULUAN
Majikan
boleh diertikan sebagai pihak yang memiliki organisasi dan bertanggungjawab
kepada moral dan segala pembayaran upah atau ganjaran kepada pekerja. Majikan
adalah pemilik syarikat atau organisasi serta merupakan pihak atau pegawai atasan
yang bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, majikan adalah orang yang
mengambil satu atau lebih pekerja untuk bekerja dengannya.
Selain
itu, pekerja merupakan indiviu atau kumpulan individu yang bekerja untuk
mendapatkan upah. Mereka menerima gaji atas dasar perjanjian sebagai pekerja
kepada sesebuah organisasi atau syarikat. Sebagai contoh, kakitangan kerajaan
merujuk kepada individu yang menerima bayaran gaji dari kerajaan.
Saat
seseorang menggunakan tenaga orang lain memperkerjakan untuk sesuatu pekerjaan
tertentu, baik kerana ia memerlukan mahupun kerana ia tidak mampu melakukan
pekerjaan itu seorang diri. Dengan itu, ia harus mengetahui adab – adab Islami
dan bimbingan yang berkaitan adab bagi pekerja yang diperkerjakan tersebut serta
tanggunjawab pekerja terhadap majikannya .
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam hubungan antara majikan dengan pekerja terikat dengan tanggungjawab masing - masing.
1.
Kewajipan
menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama atau syariat.
Setiap
majikan hendaklah menyedari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja yang halal
adalah wajib baginya. Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :
“barangsiapa bekerja untuk anak isterinya
melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad
di jalan Allah”
2. Memilih pekerja yang layak dengan
kerja yang bakal dilakukan.
Majikan
mempunyai hak untuk memilih mana – mana pekerja yang akan bekerja dibawahnya.
Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan pekerjaan yang
akan dilakukannya.
3.
Pemberian
kerja yang berpadanan dengan kelayakan.
Menjadi
kewajipan majikan untuk memberitahu pekerjannya tntang bentuk pekerjaan yang
akan dilakukan. Setiap pekerjaan mestilah bersesuaian dengan fitrah manusia.
4.
Membayar
upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Seseorang
pekerja berhak mendapat upah yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya.
Pembayaran upah perlulah bepandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi,
kesesuaian kerja dan jaminan masa depan.
5. Melindungi hak dan kebajikan pekerja.
Majikan
mestilah menjaga keperluan dan kepentigan pekerjanya. Tujuan Islam menjaga
kebajikan adalah untuk meningkatkan tekana ke atas pekerja dan menjaga hubungan
sesama manusia.
6. Majikan tidak harus membebani pekerja
dengan sesuatu kerja yang tidak mampu dilaksanakan .
Seseorang
majikan idak harus membebani pekerjanya dengan sesuatu yang tidak mampu
dilaksanakannya, dengan mengambil kira keuntungan semata mata.
7.
Hendaklah
memperkerjakan seseorang yang kuat lagi terpercaya.
Memperkerjakan
seseorang yang amanah, bagus agamanya, kuat dan layak. Sebab orang yang
memiliki sifat – sifat seperti ini akan mampu melaksanakan tugas dan lebih
cemerlang dalam tugasnya. Adapun orang yang hanya memiliki sebahagian sifat
tersebut tidak akan sem[urna hasilnya sebagaimana yang diharapkan.
8.
Tidak
boleh mempekerjakan seseorang untuk perkara yang haram.
Janganlah
ia memperkerjakan seseorang untuk membantunya melakukan pekerjaan yag haram.
Hal demikian akan menambah dosa pada dosanya yang melakukan perbuatan haram.
TANGGUNGJAWAB PEKERJA
1.
Mengikut
arahan majikan dalam dan bekerja dengan tekun dan cekap.
Rasullah
S.A.W, ada bersabda yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah suka melihat hambanya-Nya
yang melakuka pekerjaan dengan tekun (teliti). “(Diriwayatkan oleh
al-Baihaqi dari A’isyah r.a.)
“Allah sukakan hamba-Nya yang bekerja
(secara professional). Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup
keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah”.
2.
Menyelesaikan
kerja tepat pada waktunya.
Seseorang
pekerja mestilah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas yang diberiakn
tepat pada masanya.
3.
Berkhidmat
kepada majikan dengan amanah.
Seseorang
pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam pekerjaannya samaada yang melibatkan
urusan peribadi ataupun urusan kemasyarakatan. Setiap manusia hendaklah sedar
bahawa menurut Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di
akhirat nanti.
4.
Bersatu
padu dan melaksanakan kerja dengan sempurna.
Setiap
pekerja memerlukan sikap menyatupadukan usaha mereka supaya matlamat organisasi
tercapai. Dalam masa yang sama, melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan
sempurna.
5.
Kebahagiaan
manusia sejagat.
Setiap
pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang
tanpa mengira kaum.
6.
Menyerahkan
hasil keuntungan kepada majikan.
Seorang
pekerja hendaklah menyerahkan keuntungan kepada majikannya kerana hal itu
merupakan bentuk penunaian amanah.
KESIMPULAN
Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu diterapkan di setiap organisasi. Ia amat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya melibatkan setiap individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya harus difahami oleh setiap warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tanpa mengenepikan hak – hak manusia yang patut di jaga.
BLOG NI GUNA SUMBER RUJUKAN APE YE ???????????????????????
ReplyDeletePERANAN KERAJAAN DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA PEKERJA DAN MAJIKAN
ReplyDelete