4. KESAN PRINSIP DAN STRUKTUR
PENGORGANISASIAN DALAM PENGENDALIAN
PENGURUSAN ISLAM
Organisasi
perlu meletakkan para pekerjanya sebagai satu keperluan sumber manusia primer
yang perlu diberi kepuasan demi mencapai matlamat sebuah kejayaan. Terdapat banyak
kesan prinsip dan struktur pengorganisasian dalam pengendalian pengurusan Islam
Menurut laman web my-pengurusan.blogspot.my/?m=1,
a a.
Pihak
pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan yang diperlukan.
b b.
Pihak
pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu.
c c.
Pekerja-pekerja
baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui proses orientasi.
d d.
Kemahiran
bekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan yang diadakan.
e e .Ciri-ciri
kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat membantu dalam peningkatan
produktiviti organisasi
4.1
KESAN POSITIF PRINSIP DAN STRUKTUR PENGORGANISASIAN
Kesan
positif prinsip dan struktur pengorganisasian dalam pengendalian pengurusan Islam
kepada pembentukan organisasi menurut laman web nsamhd96.blogspot.my ialah:
a a .
Warga
organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini
kerana mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu,
ia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam
sesebuah organisasi.
b b .
Warga
organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
c c .
Budaya
yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif.
d d .
Agama
akan menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam
organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama
dalam kegiatan perkembangan organisasi.
No comments:
Post a Comment