Wednesday, March 2, 2016

DEFINISI DAN TIGA BENTUK KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI. (KUMP 3)






                                                           








 Pengurusan Islam Semester Dua
 DUA 2012
 DIPLOMA SAINS KESETIUSAHAAN.
TAJUK :
Definisi dan Tiga Bentuk Kepimpinan 
Dalam Organisasi
NAMA PENSYARAH : ENCIK SUFFIAN BIN MOHD FABILAH


NAMA 
NO MATRIKS 
NAZIRAH BINTI MOHAMAD NOH 
25DSK15F1020
SITI AIMAN SOFEAH BINTI ABD RAHIM
25DSK15F1025
NUR ADILAH BINTI MOHAMED ISA
25DSK15F1019
AMALIA SYAHIRAH BINTI ZAINULKRAMIN
25DSK15F1004
SHAHRIFAH NORHAZLINDA BINTI SYED MOHD
 RAFLEE 
25DSK15F1043



JABATAN :  PERDAGANGAN
PROGRAM : DIPLOMA SAINS KESETIUSAHAAN
SESI : JUN 2015




            PENGHARGAAN
 
            PENDAHULUAN
 
1.0       DEFINISI KEPIMPINAN                                                                                                                                                                1
 
2.0       BENTUK KEPIMPINAN                                                                                                                                                                 2
 
    2.1   Kepimpinan Demokrasi
    2.2   Kepimpinan Autokrasi
    2.3   Kepimpinan Laissez Faire
 
            PENUTUP
 
            RUJUKAN
 
 
 
PENGHARGAAN
 
Bismillahirahmanirrahim,
 
            Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan rahmat-Nya memberikan kami nikmat waktu juga nikmat pancaindera yang telah membuatkan kami berjaya dalam menyelesaikan tugasan Pengurusan Dalam Islam ini dengan jayanya.
 
Ucapan penghargaan ini ingin kami sampaikan kepada pensyarah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta berkongsi ilmu kepada kami iaitu En. Suffian Bin Mohd Fabillah. Beliau yang mempunyai pengalaman dan pemahaman yang lebih dalam pendidikan telah mambantu kami menjayakan tugasan kami sebaiknya.
 
Terima kasih juga ingin kami sampaikan kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang tugasan ini kami laksanakan. Sokongan dan dorongan mereka sedikit sebanyak membantu kami untuk terus menjayakan tugasan ini walaupun terdapat pelbagai rintangan yang menghalang kami untuk mencari kekangan waktu bagi menyiapkan tugasan ini.
 
            Rakan- rakan seperjuangan juga telah banyak memberikan pertolongan dalam menjayakan tugasan Pengurusan Dalam Islam ini contohnya saling bertukar maklumat, berkongsi ilmu pengetahuan dan juga memberikan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini.
           
            Terima kasih buat mereka yang terlibat yang telah membantu kami sepanjang pembikinan tugasan Pengurusan Dalam Islam ini.
 
PENDAHULUAN
 
Kepimpinan merupakan satu amanah yang perlu kita ambil berat kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Menurut Abdul Wahab Zakaria (1992), Konsep Kepimpinan Dalam Islam, kepemimpinan merupakan unsur penting dalam kehidupan dan pembangunan tamadun. Dalam konteks organisasi, pemimpin mempunyai peranan dan tugas tersendiri. Islam melihat kepimpinan sebagai sesuatu yang penting.
 
            Kepimpinan ini merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.
 
            Kepimpinan mempunyai 3 bentuk iaitu bentuk kepimpinan demokrasi, kepimpinan autokrasi dan kempimpinan Laissez Faire. Ketiga-tiga bentuk kepimpinan ini menerangkan tentang corak kepimpinan, kuasa dan juga peranan pemimpin dalam organisasi.
 
1.0       DEFINISI KEPIMPINAN
 
            Kepimpinan yang berkesan merupakan satu elemen penting untuk menjadi pengerak      utama   kepada kejayaan sesebuah organisasi. Menurut Ab. Aziz Yusof (2000).    Perubahan Dalam Kepimpinan, David Keith mengatakan kepimpinan ialah
 
"leadership is the ability to persuade others to seek defined objectives enthusiastically. it is the human factor which binds a group together and motivates it towards goals. Management activities such as planning, organizing, decision making are domant cocoons until the leader triggers the power of motivation in people and guides them toward their goals."
 
Definisi ini secara jelas menyebutkan kepentingan kuasa motivasi dalaman untuk mencapai objektif. Islam mengiktiraf fungsi kepimpinan yang berkesan dalam sesuatu organisasi atau ummah. Hal ini kerana, dalam islam kepimpinan ialah aspek penting supaya sesebuah organisasi atau satu-satunya ummah dapat mencapai hasil yang mereka mahukan bersama secara lebih berkesan.
 
                        Islam juga mempunyai kepimpinan. Kepimpinan Islam merupakan          kepimpinan yang paling berkesan dalam kehidupan manusia. Menurut Rasid bin    Muhamad (2001). Kepimpinan Dalam Islam, Fungsi dan Watak, dalam sejarah             islam, kepimpinan yang paling berkesan dalam sejarahnya ialah kepimpinan        Nabi Muhammad SAW yang telah berjaya memimpin umat manusia menuju        satu arah, iaitu Tuhan yang satu dengan memenuhi          setiap keperluan dan kehendak           manusia sama ada rohani, jasmani, material, dan            intelektual.
 
 
2.0       BENTUK KEPIMPINAN
 
            Terdapat beberapa bentuk dalam kepimpinan dalam organisasi. Menurut Abdul Halim    El-Muhammady (1996). Pengurusan Dalam Islam, terdapat 3 bentuk dalam     kepimpinan       iaitu kepimpinan demokrasi, kepimpinan autokrasi dan juga           kepimpinan laissez faire.
 
     2.1  Kepimpinan Demokrasi
 
            Dalam corak kepimpinan bentuk demokrasi ini, segala keputusan adalah hasil dari          suara    ramai. Ketua hanya mempengerusikan sesuatu perbincangan sambil memberi            peluang kepada setiap anggota jemaah kebebasan mengeluarkan pendapat.
 
     2.2  Kepimpinan Autokrasi
 
            Kuasa mutlak berada di tangan pemimpin. Segala perancangan dan pelaksanaan            ditentukan oleh pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai. Arahan             pelaksanaan kerja disampaikan kepada pekerja-pekerja secara berperingkat di   mana kalangan mereka sendiri tidak tahu tentang perancangan dan matlamat      akan     datang. Pemimpin sendiri yang mengagihkan kerja di mana setiap arahan            berbentuk diktator.
 
     2.3  Kepimpinan Laissez Faire
 
            Pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan. Segala aktiviti dan pelaksanaan sesuatu       perkara diserahkan bulat-bulat kepada pekerja yang menentukannya. Pemimpin   hanya berperanan mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu, di samping           membekalkan rakyat dengan     bahan-bahan yang perlu untuk sesuatu pekerjaan.
 
PENUTUP
 
Kepimpinan sebagai hubungan di mana satu orang iaitu pemimpin mempengaruhi pihak lain untuk bekerjasama secara sukarela dalam usaha mengerjakan tugas-tugas yang berhubungan untuk mencapai hal yang diinginkan oleh pemimpin tersebut. Menurut Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam, kepemimpinan dapat dikatakan sebagai usaha-usaha pada pihak yang mempengaruhi untuk menunjukkan pengaruhnya terhadap seseorang atau pengikut-pengikut lainnya dalam satu kelompok.
 
Kepimpinan merupakan kemampuan mempengaruhi orang lain, bawahan atau kelompok, kemampuan mengarahkan tingkah laku bawahan atau kelompok, memiliki kemampuan atau keahlian khusus dalam bidang yang diinginkan oleh kelompoknya, untuk mencapai tujuan organisasi atau kelompok.
 
Seorang pemimpin yang baik harus memiliki integriti iaitu keperibadian, pengetahuan, intelegensi, skill atau kemampuan, memiliki kuasa atau dapat mempengaruhi orang lain mahu belajar, mendengar dan siap dikritik. Apabila isi dari hakikat kepimpinan tersebut telah dimiliki oleh seseorang pemimpin maka pemimpin tersebut akan arif dan bijaksana.

                
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment