KOD DAN NAMA KURSUS : DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM
TAJUK TUGASAN : DEFINISI DAN PROSES PERANCANGAN
DALAM PENGENDALIAN PENGURUSAN
ISLAM
NAMA PENSYARAH : ENCIK SUFFIAN BIN FABILLAH
NAMA PELAJAR : ZULAMRIN BIN ISNO
25DSK15F1017
AFFIQ BIN LOKMAN
25DSK15F1023
SYIFA ARDANI BINTI ROSLAN
25DSK15F1001
AQILAH BINTI MOHD FAUDZI
25DSK15F1003
PROGRAM : DSK2
JABATAN : PERDANGANGAN
SESI : DISEMBER 2015/2016
PENGHARGAAN
Pendahuluan
Isi-isi Perbincangan
1.1 Proses Pengedalian Pengurusan Islam
1.2 Prinsip Pengurusan Islam
1.3 Objektif dan Prinsip Pengurusan Islam
1.4 Konsep Pengurusan Islam
Penutup/Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu ingin kami zahirkan ucapan bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini yang bertajuk Definisi dan Proses Perancangan Dalam Pengendalian Pengurusan Islam. Tugasan ini amat penting buat kami sekumpulan kerana ia merupakan sebahagian daripada E-folio dari subjek DUA2022 Pengrusan Dalam Islam.
Selain itu, Ucapan terima kasih kami sekumpulan kepada individu yang membantu dalam menjayakan tugasan yang diberikan terutamanya buat pensyarah subjek DUA2022 Pengurusan Dalam Islam iaitu Encik Suffian Bin Fabillah kerana beliau banyak membantu kami sekumpulan bagi menjayakan tugasan ini.
.
Akhirnya, ucapan kepada rakan seperjuangan kerana memberi idea tentang mencari maklumat ini dan membantu memberi padangan tentang dalam pembikinan blog ini.
Sekian terima kasih kepada semua daripada kami sekumpulan.
1
PENDAHULUAN
Setiap pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika dilakukan mengikut syaratnya. Agama Islam memandang mulia semua jenis pekerjaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji dan ia menggalakkan bekerja terutamanya kepada golongan lelaki yang bertanggungjawab dengan memberi nafkah kepada keluarganya.
Selain itu, Agama Islam menitikberatkan disiplin serta menepati masa. Setiap pekerjaan diberi syarat termasuk waktu berkerja dan menjalankan segala arahan dalam masa ditetapkan. Akan tetapi ada segelintir tidak menjalan tugas dengan tanggungjawabnya dan tidak berdisiplin.
Seterusnya, pekerjaan yang dilakukan mestilah tidak menyebabkan sesorang itu melupakan segala perintah Allah seperti mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Malahan Islam juga melarang untuk mempunyai sikap menipu antara satu sama lain terutamanya dalam urusan jual beli kepada pelanggan. Menurut Imam Ahmad meriwayatkan apabila Rasulullah SAW melihat makanan yang dijual sudah rosak, baginda bersabda yang membawa maksud jual dan bahagikan bahagian mengikut kualitinya kerana sesiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami.
Akhirnya, bagi mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT kita sebagai umat Islam mestilah melakukan sesuatu berdasakan ajaran yang dibawa oleh Agama Islam iaitu tidak menipu,rasuah dan sebagainya . Akan tetapi zaman kini amalan yang sepatutnya dibawa oleh ajaran Islam tidak lagi diamalkan malah sebaliknya meniru cara barat berfikir tanpa mempedulikan sama ada ianya baik atau tidak.
PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM
Islam merupakan satu agama yang syumul dan lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan. Pengurusan atau pentadbiran merupakan salah satu daripada aspek yang sangat dititikberatkan dalam islam. Ia merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat. Ertinya Islam menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan mansia dengan alam. Semuanya termasuk di dalam lingkungan ibadah kepada Allah SWT.
Menurut Ab. Mumin Ab. Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam, alam pengendalian pengurusan islam mempunyai beberapa bahagian:
· Perancangan
· Perorganisasian
· Kepimpinan
· Pengawasan
Cabaran dalam mengendalikan pengurusan yang utama ialah memperkukuhkan organisasi yang sedia ada. Proses pengendalian ini bagi memastikan urusan dan kewibawaan berada dalam keadaaan yang terbaik.
PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Di dalam sistem pengurusan Islam mempunyai beberapa Prinsip-Prinsip yang dapat kita amalkan menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin. Antara Prinsip-Prinsip yang dinyatakan seperti
Prinsip Al-Adalah iaitu keadilan yang dimana ia bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardhi ia juga bermaksud bercakap benar, jelas, kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa dan sebagainya.
Selain itu, Prinsip al-Syurah iaitu Permesyuaratan menurut Blogger Faratul Aina Halim Prinsip-Prinsip Pengurusan Islam, 8 September 2014 prinsip terakhir ialah Syurah dimana bermaksud satu proses perbincangan, perundingan dan permesyuaratan untuk mencapai permuafakatan dan persetujuan bersama dalam membuat sesuatu keputusan. Nabi Muhammad SAW telah mengamalkan syura dalam pentadbiran dan pengurusan Baginda demi mencapai keputusan yang terbaik.
Tegas bahawa prinsip ini merupakan sangat berguna kepada pihak sesiapa yang bekerja dalam yang melibatkan organisasi .Dalam Prinsip al-Syurah iaitu pemesyuaratan ini mempunyai pelbagai kelebihan yang harus kita ketahui. Antaranya kebaikan yang boleh kita pelajari ialah sebarang keputusan dapat diambil secara lebih tepat berbanding seorang individu. Selain itu, mengalakkan manusia berfikir dalam membuat suatu keputusan dan akhirnya untuk mengalakkan kerjasama dan muafakat antara individu dan individu lain. Akhir kata, Prinsip al-Syurah ini merupakan prinsip yang perlu dicontohi buat masyarakat sekeliling.
Akhirnya Prinsip ‘Ubudiyyah iaitu Pengabdian Diri menurut Blogger Faratul Aina Halim Prinsip-Prinsip Pengurusan Islam, 8 September 2014 Prinsip ‘Ubudiyyah Pengabdian Diri Organisasi ini merupakan salah satu prinsip yang perlu ada pada setiap seorang penjawat awam terutamanya yang beragama Islam. Prinsip ini dimana bermaksud menjadi hamba Allah yang sentiasa memastikan kehidupannya berprinsipkan kepada hukum-hukum yang ditetapkan serta melaksanakan yang diperintahkan dan berusaha meninggalkan apa sahaja laranganNYA yang mana dipanggil Ubudiyah. Di dalam organisasi konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu malah dapat membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut.
Antara perkara yang penting yang berkaitan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah seperti berikut termasuklah matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT dengan cara, kaedah, atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT. Selain itu, Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT.
Konsep ubudiyyah jika dilaksanakan dengan baik, maka konsep ini mampu memberi kesan yang positif pada pekerja dan organisasi yang diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan termasuklah Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dalam agama. Organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai suatu ibadat, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi suatu yang positif sejajar dengan prinsip. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan organisasi terutamanya di dalam Penjawat Awam yang memberi perkhidmatan dan mesra pelanggan.
OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Objektif pengurusan Islam terdiri daripada 4 perkara iaitu melaksanakan Undang-Undang Islam dalam semua bentuk aktiviti berbentuk ibadah, muamalat dan perlaksanaan hukum. Selain itu, memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh usaha, fikiran dan kewangan bagi mencari segala rezeki dan nikmat pemberian allah.
Seterusnya, melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi termasuklah menegakkan undang-undang yang dibawa oleh Ajaran Islam serta menjaga hubungan baik sesama manusia.
Akhirnya melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil dalam sesebuah kerajaan dan dapat melahirkan masyarakat yang seimbang segi rohani dan jasmani.Dalam makna lain objektif pengurusan ini merupakan menyediakan maklumat, panduan dan arahan kepada pekerja-pekerja dalam sesbuah organisasi dan dalam konteks Objektif Khas ini ialah memeliharakan segala nilai-nilai yang diperlukan oleh manusia .
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sebelum wujudnya zaman sekarang. Konsep ini digunakan dalam pengurusan dan menjadi amalan dalam organisasi pada masa kini dan ianya dibahagikan kepada tiga bahagian seperti Konsep Pengurusn Islam, Konsep Pengurusan Barat dan Konsep Pengurusan Jepun.
Konsep Pengurusan Islam ini merupakan prinsip yang lengkap dan sistematik kerana ia berpandukan pada Al-Quran dan As-Sunnah.Malahan ia mempunyai ciri-ciri yang patut diambil. Salah satu ciri-cirinya ialah ikatan yang erat antara pengurusan dan masyarakat dan dapat menentukan tugas dan tanggungjawab serta menghormati segalanya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya dengan membuat tugasan yang diberikan ini kami sekumpulan dapat mengetahui banyak disebalik cara Ajaran Islam mengajar dalam memantapkan setiap organisasi. Ajaran Islam mengajar kita untuk tidak menipu, merasuah, gila kuasa dan sebagainya agar tidak melahirkan masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri kelaknya. Selain itu, kami sekumpulan dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang pengurusan dan pentadbiran mengikut Islam.
Perkara ini akan membantu kami, para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan pada masa yang akan datang. Kita seharusnya melakukan persediaan daripada awal supaya kita tidak mendapat satu kejutan yang dipanggil kejutan budaya. Pekerjaan yang kitan lakukan juga akan diredhai oleh Allah S.W.T sekiranya mengamalkan etika pekerjaan mengikut Islam.
BIBLIOGRAFI


No comments:
Post a Comment