Sunday, March 6, 2016

DEFINISI & PROSES PERANCANGAN DALAM PENGENDALIAN PERNGURUSAN ISLAM. (KUMP 8)




                                                 




Pengurusan Islam Semester Dua
DUA 2012
DIPLOMA SAINS KESETIAUSHAAN
TAJUK :
DEFINISI DAN PROSES PERANCANGAN DALAM
PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

NAMA PENSYARAH : ENCIK SUFFIAN BIN MOHD FABILAH





   
NAMA 
NO MATRIKS
NUR ADLINA NAJWA BINTI ABD RASHID
25DSK15F1006
SITI AISHAH BINTI ABAS
25DSK15F1029
NURUL HAFIZA BINTI ABDUL RANI
25DSK15F1013
RAIHANA RIFAH BINTI MOHD HANIF
25DSK15F1028



JABATAN : PERDAGANGAN
PROGRAM : DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
SESI : JUN 2015







PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.
      
              Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kami nikmat tenaga dan masa untuk melaksanakan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan-Nya, sudah tentu kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.

              Terima kasih juga kami ucapkan kepada insan yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menjalankan tugasan ini iaitu, En. Suffian bin Mohd Fabilah. Beliau merupakan pensyarah mata pelajaran Pengurusan Dalam Islam kami. Beliau juga insan yang terdekat untuk kami membuat sebarang rujukan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kami dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa ajaran daripada beliau, kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lengkap dan mengikut ciri-ciri pemarkahan yang telah ditetapkan.

                Justeru itu, kami juga ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami dan juga kepada para sahabat yang turut serta bekerjasama dalam menjayakan tugasan kami ini. Ahli kumpulan yang sentiasa memberi komitmen sepanjang menjalankan tugasan ini hingga Berjaya. Disamping itu, terima kasih juga kepada sahabat sekelas kami yang sedikit sebanyak memberi ilmu dan idea kepada kami.

                Tanpa kerjasama dan ajaran daripada semua, tugasan ini tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Terima kasih sekali lagi kepada insan-insan yang telah terlibat untuk menjayakan tugasan kami ini. Jasa kalian amat kami hargai.







PENDAHULAN

               Islam merupakan satu agama syumul dan lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan. Pengurusan atau pentadbiran merupakan salah satu daripada aspek yag sangat dititikberatkan dalam Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat. Ertinya Islam menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah SWT, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Semuanya termasukdi dalam lingkungan ibadah kepada Allah SWT.

               Menurut sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan melibatkan persoalan perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan dan pengawalan. Ianya merupakan rentetan pekerjaaan yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus. Ianya dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau proses kerja pengurusan. Hal yang demikian adalah bertepatan dengan amalan pengurusan yang dipraktikkan dalam Islam yang akan dibincangkan dalam tajuk ini.

                Secara keseluruhannya tajuk ini akan membincangkan amalan atau proses pengendalian pengurusan dalam Islam seperti perancangan, pengorganisasian kepimpinan dan pengawalan. Proses-proses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaan kerana pengurus yang merancang kebiasaannya bukan hanya merancang, menyusun dan mengawasi dijalankan secara serentak.

                 Cabaran dalam mengendalikan pengurusan yang utama ialah membudayakan perancangan dan struktur organisasi yang kukuh. Apabila kita melihat dominasi industry Jepun dalam pengantarabangsaan produk adalah strategi perancangan dan semua langkah yang diperbincangkan. Maka dengan ini, semua pihak sama ada pihak atasan mahupun bawahan hendaklah memandang jauh dengan proses pengendalian ini bagi memastikan urusan dan kewibawaan berada pada paras maksima.




ISI-ISI PERBINCANGAN


Definisi
Perancangan :

        - Menurut Kamus Dewan Bahasa, "merancang" ditakrifkan sebagai "proses merencanakan atau mempersiapkan". Menurut beberapa buah buku pengurusan perancangan mempunyai skop yang lebih luas. Contohnya, buku Management yang dikarang oleh Harold Koontz dan Heiz Weichmict dimana perancangan ditakrifkan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan misi penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Manakala James A.F Stoner dan Charles Wankel mentakrifkan perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya. Perancangan membantu pihak pengurusan organisasi menentukan arah tujuan organisasi, memutuskan isu-isu berkaitan dengan persoalan mengenai "apa, bila, dan bagaimana pelan perancangan dilaksanakan". Menurut buku Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam yang dikarang oleh Azman Che Omar mendefinisikan perancangan sebagai satu proses menentukan objektif yang dkehendaki oleh pihak pengurusan atasan organisasi. Dengan adanya perancangan pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi akan dapat merangka strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dalam persekitaran luaran yang akan mempengaruhi kehidupan sesebuah organisasai untuk mencapai objektif tersebut. Jawapan kepada "apa yang diperlukan? Siapa yang bertanggungjawab? nila akan dibuat? Dan mengapa tindakan tersebut diambil?" dapat melicinkan lagi proses perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan.
Takrifan yang disenaraikan di atas dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang definisi perancangan dari sudut pandangan sarjana barat mahupun cendekiawan tempatan dalam bidang pengurusan.



Proses Perancangan:

  •    Menentukan visi, misi, matlamat dan objektif.
  •    Menganalisa suasana.
  •    Membentuk dasar dan strategi
  •    Melaksanakan objektif dan strategi
  •    Penilaian dan pengawalan

Menentukan Visi, Misi, Matlamat dan Objektif

        - Objektif ialah sasaran sesebuah organisasi dalam menentukan perkara yang perlu dilakukan dan perlulah realistic dan mencabar. Seterusnya, visi pula menerangkan tujuan yang hendak dicapai dan berbentuk ringkas. Akhir sekali, misi pula menceritakan sebab kewujudan organisasi dan apa telah dicapai dalam waktu mencapai visi organisasi.


Proses Pengendalian Pengurusan Islam:

Peringkat Pertama:
   
    - Dakwah dilakukan secara tertutup dan sulit, hal ini kerana ingin melindungi umat Islam yang mempunyai kekuatan tidak seberapa dan mengambil kira ancaman yang bakal diterima daripada golongan musyrikin Mekah.

Peringkat Kedua:
     - Dakwah secara terbuka dan terang-terangan dilakukan setelah pertambahan dan kekuatan umat Islam makin meningkat.

Peringkat Ketiga:
     - Umat Islam telah berpindah ke Madinah setelah menerima ancaman di Madinah Rasulullah S.A.W telah:
  • Mendirikan masjid
  • Mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin
  • Menggubal piagam Madinah
  • Mendirikan pasar
  • Mengukuhkan Madinah sebagai sebuah negara
  • Menjalankan hokum dan perutusan Islam
Membina masyarakat dan Negara berdaulat, kuat dan dihormati



KESIMPULAN

            Kesimpulannya, perancangan merupakan satu keperluan yang penting dalam pengendalian pengurusan Islam. Maka, semua orang perlu menitik beratkan tentang perancangan yang betul agar organisasi berjalan dengan lancar dan sistematik. Proses pengendalian pengurusan melibatkan fungsi pengurusan yang utama iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawasan. Kesemua proses tersebut saling berkait antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Proses perancangan perlu diikuti dengan betul dan teratur. Menurut Stoner dan Wankel, perancangan tanpa pelaksanaan adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Antara proses perancangan yang penting ialah menentukan visi, misi, matlamat dan objektif, menganalisa suasana, membentuk dasar dan strategi, melaksanakan objektif dan strategi dan akhir sekali, penilaian dan pengawalan.

Selanjutnya, bab ini membincangkan amalan atau proses pengendalian pengurusan dalam islam seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Proses-proses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaannya kerana pengurus yang merancang kebiasaannya bukan hanya sekadar menyusuli tindakannya dengan menyusun, bahkan tindakan seperti merancang, menyusun dan mengawasi dijalankan secara serentak.
Akhir sekali, kita juga akan dapat lebih memahami dengan lebih mendalam tentang pengendalian pengurusan islam. Kita juga dapat bertindak dengan ilmu yang kita ada tentang pengendalian pengurusan islam dengan cemerlang dan efisien. Hal ini, kita juga dapat memanfaatkan ilmu yang kita pelajari dengan baik.






Cabaran dalam mengendalikan pengurusan yang utama ialah membudayakan perancangan dan struktur organisasi yang kukuh. Apabila kita melihat dominasi industri Jepun dalam pengantarabangsaan produk adalah strategi perancangan dan semua langkah yang diperbincangkan. Maka dengan ini, semua pihak sama ada pihak atasan mahupun bawahan hendaklah memandang jauh dengan proses pengendalian ini bagi memastikan urusan dan kewibawaan berada pada paras maksima.














1 comment:

  1. assalamua'laikum. saya nak minta izin untuk share or copy tajuk di atas , boleh ?

    ReplyDelete