Pengurusan Islam Semester Dua
DUA 2012
DIPLOMA SAINS KESETIAUSHAAN
TAJUK :
DEFINISI DAN PROSES PERANCANGAN DALAM
PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : ENCIK SUFFIAN BIN MOHD FABILAH
NAMA
|
NO MATRIKS
|
NUR ADLINA NAJWA BINTI ABD RASHID
|
25DSK15F1006
|
SITI AISHAH BINTI ABAS
|
25DSK15F1029
|
NURUL HAFIZA BINTI ABDUL RANI
|
25DSK15F1013
|
RAIHANA RIFAH BINTI MOHD HANIF
|
25DSK15F1028
|
J
ABATAN : PERDAGANGAN
PROGRAM : DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
SESI : JUN 2015
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kami nikmat tenaga dan masa untuk melaksanakan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan-Nya, sudah tentu kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada insan yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menjalankan tugasan ini iaitu, En. Suffian bin Mohd Fabilah. Beliau merupakan pensyarah mata pelajaran Pengurusan Dalam Islam kami. Beliau juga insan yang terdekat untuk kami membuat sebarang rujukan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kami dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa ajaran daripada beliau, kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lengkap dan mengikut ciri-ciri pemarkahan yang telah ditetapkan.
Justeru itu, kami juga ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami dan juga kepada para sahabat yang turut serta bekerjasama dalam menjayakan tugasan kami ini. Ahli kumpulan yang sentiasa memberi komitmen sepanjang menjalankan tugasan ini hingga Berjaya. Disamping itu, terima kasih juga kepada sahabat sekelas kami yang sedikit sebanyak memberi ilmu dan idea kepada kami.
Tanpa kerjasama dan ajaran daripada semua, tugasan ini tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Terima kasih sekali lagi kepada insan-insan yang telah terlibat untuk menjayakan tugasan kami ini. Jasa kalian amat kami hargai.
PENDAHULAN
Islam merupakan satu agama syumul dan lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan. Pengurusan atau pentadbiran merupakan salah satu daripada aspek yag sangat dititikberatkan dalam Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat. Ertinya Islam menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah SWT, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Semuanya termasukdi dalam lingkungan ibadah kepada Allah SWT.
Menurut sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan melibatkan persoalan perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan dan pengawalan. Ianya merupakan rentetan pekerjaaan yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus. Ianya dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau proses kerja pengurusan. Hal yang demikian adalah bertepatan dengan amalan pengurusan yang dipraktikkan dalam Islam yang akan dibincangkan dalam tajuk ini.
Secara keseluruhannya tajuk ini akan membincangkan amalan atau proses pengendalian pengurusan dalam Islam seperti perancangan, pengorganisasian kepimpinan dan pengawalan. Proses-proses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaan kerana pengurus yang merancang kebiasaannya bukan hanya merancang, menyusun dan mengawasi dijalankan secara serentak.
Cabaran dalam mengendalikan pengurusan yang utama ialah membudayakan perancangan dan struktur organisasi yang kukuh. Apabila kita melihat dominasi industry Jepun dalam pengantarabangsaan produk adalah strategi perancangan dan semua langkah yang diperbincangkan. Maka dengan ini, semua pihak sama ada pihak atasan mahupun bawahan hendaklah memandang jauh dengan proses pengendalian ini bagi memastikan urusan dan kewibawaan berada pada paras maksima.
ISI-ISI PERBINCANGAN
Definisi Perancangan :
- Menurut Kamus Dewan Bahasa, "merancang" ditakrifkan sebagai "proses merencanakan atau mempersiapkan". Menurut beberapa buah buku pengurusan perancangan mempunyai skop yang lebih luas. Contohnya, buku Management yang dikarang oleh Harold Koontz dan Heiz Weichmict dimana perancangan ditakrifkan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan misi penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Manakala James A.F Stoner dan Charles Wankel mentakrifkan perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya. Perancangan membantu pihak pengurusan organisasi menentukan arah tujuan organisasi, memutuskan isu-isu berkaitan dengan persoalan mengenai "apa, bila, dan bagaimana pelan perancangan dilaksanakan". Menurut buku Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam yang dikarang oleh Azman Che Omar mendefinisikan perancangan sebagai satu proses menentukan objektif yang dkehendaki oleh pihak pengurusan atasan organisasi. Dengan adanya perancangan pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi akan dapat merangka strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dalam persekitaran luaran yang akan mempengaruhi kehidupan sesebuah organisasai untuk mencapai objektif tersebut. Jawapan kepada "apa yang diperlukan? Siapa yang bertanggungjawab? nila akan dibuat? Dan mengapa tindakan tersebut diambil?" dapat melicinkan lagi proses perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan.
Takrifan yang disenaraikan di atas dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang definisi perancangan dari sudut pandangan sarjana barat mahupun cendekiawan tempatan dalam bidang pengurusan.
Proses Perancangan:
Menentukan visi, misi, matlamat dan objektif.
Menganalisa suasana.
Membentuk dasar dan strategi
Melaksanakan objektif dan strategi
Penilaian dan pengawalan
Menentukan Visi, Misi, Matlamat dan Objektif
- Objektif ialah sasaran sesebuah organisasi dalam menentukan perkara yang perlu dilakukan dan perlulah realistic dan mencabar. Seterusnya, visi pula menerangkan tujuan yang hendak dicapai dan berbentuk ringkas. Akhir sekali, misi pula menceritakan sebab kewujudan organisasi dan apa telah dicapai dalam waktu mencapai visi organisasi.
Proses Pengendalian Pengurusan Islam:
Peringkat Pertama:
- Dakwah dilakukan secara tertutup dan sulit, hal ini kerana ingin melindungi umat Islam yang mempunyai kekuatan tidak seberapa dan mengambil kira ancaman yang bakal diterima daripada golongan musyrikin Mekah.
Peringkat Kedua:
- Dakwah secara terbuka dan terang-terangan dilakukan setelah pertambahan dan kekuatan umat Islam makin meningkat.
Peringkat Ketiga:
- Umat Islam telah berpindah ke Madinah setelah menerima ancaman di Madinah Rasulullah S.A.W telah:
Mendirikan masjid
Mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin
Menggubal piagam Madinah
Mendirikan pasar
Mengukuhkan Madinah sebagai sebuah negara
Menjalankan hokum dan perutusan Islam
Membina masyarakat dan Negara berdaulat, kuat dan dihormati
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
perancangan merupakan satu keperluan yang penting dalam pengendalian pengurusan
Islam. Maka, semua orang perlu menitik beratkan tentang perancangan yang betul
agar organisasi berjalan dengan lancar dan sistematik. Proses pengendalian
pengurusan melibatkan fungsi pengurusan yang utama iaitu perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawasan. Kesemua proses tersebut saling
berkait antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Proses perancangan
perlu diikuti dengan betul dan teratur. Menurut Stoner dan Wankel, perancangan
tanpa pelaksanaan adalah satu perbuatan yang sia-sia.
Antara
proses perancangan yang penting ialah menentukan visi, misi, matlamat dan
objektif, menganalisa suasana, membentuk dasar dan strategi, melaksanakan
objektif dan strategi dan akhir sekali, penilaian dan pengawalan.
Selanjutnya,
bab ini membincangkan amalan atau proses pengendalian pengurusan dalam islam
seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Proses-proses
tersebut sukar dipisahkan pelaksanaannya kerana pengurus yang merancang
kebiasaannya bukan hanya sekadar menyusuli tindakannya dengan menyusun, bahkan
tindakan seperti merancang, menyusun dan mengawasi dijalankan secara serentak.
Akhir
sekali, kita juga akan dapat lebih memahami dengan lebih mendalam tentang
pengendalian pengurusan islam. Kita juga dapat bertindak dengan ilmu yang kita
ada tentang pengendalian pengurusan islam dengan cemerlang dan efisien. Hal
ini, kita juga dapat memanfaatkan ilmu yang kita pelajari dengan baik.
Cabaran
dalam mengendalikan pengurusan yang utama ialah membudayakan perancangan dan
struktur organisasi yang kukuh. Apabila kita melihat dominasi industri Jepun
dalam pengantarabangsaan produk adalah strategi perancangan dan semua langkah
yang diperbincangkan. Maka dengan ini, semua pihak sama ada pihak atasan
mahupun bawahan hendaklah memandang jauh dengan proses pengendalian ini bagi
memastikan urusan dan kewibawaan berada pada paras maksima.