Monday, March 14, 2016

BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd. Daud, dan, Siti Nabiha Abdul Khalid, (2007), Asas   Pengurusan Perniagaan, Sintok: Pejabat Universiti Utara Malaysia

Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, (2002), Ensiklopedia Pengurusan, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Azman Che Omar, Pengurusan Dalam Malaysia (PDM) dari Perspektif Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka, (2015), Pengurusan dalam Islam,  Putrajaya: Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia

Zaini Nasohah et al, (2004), Syariah dan Undang-undang suatu perbandingan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


https://muzir.wordpress.com/2012/11/17/hijrah-nabi-saw-dari-makkah-ke-madinah/
5. KESIMPULAN

Melalui ringkasan yang telah dibina didapati yang pertama sekali organisasi merupakan proses pengendalian yang kedua dalam pengurusan dan pengorganisasian yang didefinisikan sebagai proses kegiatan penyusunan struktur organisasi sesuai dengan tujuan, sumber dan lingkungannya. Dengan demikian hasil pengorganisasian adalah struktur organisasi.

            Matlamat organisasi terdapat pelbagai bentuk organisasi, saiz, struktur yang direka untuk mencapai matlamat tertentu. Seterusnya, struktur organisasi adalah susunan komponen-komponen iaitu unit-unit kerja dalam organisasi. Struktur organisasi merupakan adanya pembahagian kerja dan menunjukkan bagaimana fungsi-fungsi atau kegiatan-kegiatan yang berbeza-beza tersebut diselaraskan.


            Selain itu, organisasi perlu meletakkan para pekerjanya sebagai satu keperluan sumber manusia primer yang perlu diberi kepuasan demi mencapai matlamat sebuah kejayaan. Akhir kata, kami berpendapat bahawa ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat membantu dalam peningkatan produktiviti sesuatu organisasi.
4.2 KESAN LAIN PRINSIP DAN STRUKTUR PENGORGANISASIAN

Antara kesan lain prinsip dan struktur pengorganisasian dalam pengendalian pengurusan islam menurut buku pengurusan Islam ialah:

  a.    Agama Islam merupakan satu agama yang amat menekankan konsep hidup secara bersatu dan bekerjasama dalam hal-hal kebajikan dan takwa. Dengan itu, manusia akan beramal dan berusaha sebagai tanda bertakwa dan menghayati semangat kebajikan yang tinggi.
  b.    Bekerja secara berorganisasi merupakan sifat umat Islam. Dengan berorganisasi, umat Islam dapat mengukuhkan perpaduan dan kesatuan ummah.
  c.    Keperluan bekerja secara berorganisasi antara lain adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa usaha dan tanggungjawab di dalam masyarakat terlalu banyak dan berat dan ia tidak dapat disempurnakan kecuali dilaksanakan secara berorganisasi.
  d.    Adalah menjadi hakikat bahawa seseorang itu akan menjadi kuat sekiranya ia bergabung dengan orang lain. Oleh itu, melalui organisasi, kekuatan dapat digembleng, bakat yang pelbagai dapat dimanfaatkan dan usaha yang besar dapa direalisasikan.
  e.    Cabaran dan persaingan begitu sengit dan sentiasa meningkat dari hari ke hari. Dengan adanya organisasi ia menjadikan lebih bersedia untuk menghadapi perubahan dan cabaran yang semakin hebat.


Kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). Jelaslah, terdapat banyak kesan positif apabila kita mengamalkan prinsip berorganisasi.
4. KESAN PRINSIP DAN STRUKTUR PENGORGANISASIAN DALAM PENGENDALIAN
    PENGURUSAN ISLAM

Organisasi perlu meletakkan para pekerjanya sebagai satu keperluan sumber manusia primer yang perlu diberi kepuasan demi mencapai matlamat sebuah kejayaan. Terdapat banyak kesan prinsip dan struktur pengorganisasian dalam pengendalian pengurusan Islam Menurut laman web my-pengurusan.blogspot.my/?m=1,

a a.    Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan yang diperlukan.
b b.    Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan permohonan        untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu.
c c.    Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui proses orientasi.
d d.    Kemahiran bekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan yang diadakan.
e e .Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat membantu dalam              peningkatan produktiviti organisasi

4.1 KESAN POSITIF PRINSIP DAN STRUKTUR PENGORGANISASIAN

Kesan positif prinsip dan struktur pengorganisasian dalam pengendalian pengurusan Islam kepada pembentukan organisasi menurut laman web nsamhd96.blogspot.my ialah:

a a .    Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini kerana mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.
b b .    Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi      sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
c c .    Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai      dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan      pelbagai bentuk perkara yang negatif.

d d .    Agama akan menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.
3. PENGORGANISASIAN DALAM PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH

Menurut buku Pengurusan Dalam Islam, peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh penyusunan yang sangat baik. Dalam peristiwa hijrah, baginda melaksanakan konsep di mana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya:
3.1  Sayidina Abu Bakar sebagai teman nabi ketika berhijrah

Menurut muzir wordpress.com dalam kisah hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah. Rasulullah telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah berbondong-bondong meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal, Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar pula menyusul kemudian. Pada malam hari 26 Safar 1 Hijrah bersamaan (9 September 622) Nabi Muhammad dan Sayidina Abu Bakar telah meninggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah. Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan rumah Nabi telah meminta Sayidina Ali Bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan baginda tidur di atas katil baginda.

3.2  Ali bin Abi Talib tidur di tempat baginda di malam penghijrahan

Penjenayah-penjenayah besar Quraisy melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut. Apabila malam menjelma, 11 orang penjenayah telah berkumpul di depan rumah Nabi. Pembunuhan dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur.
Walau bagaimanapun, baginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin. Dengan izin Allah, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat baginda SAW. Mereka terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi telah pun keluar meninggalkan rumahnya.

3.3  Abdullah bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat ke Madinah manakala Asma’ bt Abu Bakar yang masih kanak-kanak membekalkan makanan semasa baginda bersembunyi di Thur

Selepas 3 hari di gua Thur, Abdullah bin Uraiqat seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu. Selain Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar, Amir bin Fuhayrah dan Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu.
Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang. Allah telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNya dan rombongannya itu.

3.4  Amir bin Fuhayrah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda, Abu Bakar dan  Asma’ melalui binatang ternakannya

Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di dalam gua Thur selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada dua insan yang terlibat sama iaitu Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan Amir bin Fuhairah (hamba Abu Bakar). Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur. Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan mengintip-ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi SAW.

Semua berita akan disampaikan kepada baginda pada malamnya apabila Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi. Amir bin Fuhairah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut. Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam. Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu.
1.3 Dalil Dan Hukum

Salah satu aspek penting disiplin dalam pengarahan ialah kepatuhan terhadap arahan yang diberikan. Menurut www.academia.edu/3788948/Pengurusan_Dalam_Islam, untuk melaksanakan perancangan dan pengorganisasian, ianya memerlukan pengarahan. Pengarahan ini berkaitan dengan fungsi kepimpinan dalam organisasi. Ini selaras dengan Firman Allah SWT ( an-Nisa:59) yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlahkamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada “ Ulil-Amri ” ( orang-orangyang berkuasa ) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengendalikannya kepada ( Kitab ) Allah ( Al-Quran ) dan ( Sunnah ) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ), dan lebih elok pula kesudahannya. “


1.1  Definisi  organisasi
Menurut laman web http://shuhmy.blogspot.my/2007/11/pengurusan.html organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi. Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi. Organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

1.2  Organisasi sebagai Unit Sosial

Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa, kualiti, kuantiti dan penentuan- penentuan lainnya.